Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon tersingkir di separuh akhir

Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon tersingkir di separuh akhir

GOH SOON HUAT-SHEVON JEMIE LAI -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua beregu negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai terkandas di separuh akhir selepas tunduk kepada lawan masing-masing pada Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi, India, hari ini.

Pearly-Thinaah yang menghuni ranking No. 7 dunia terpaksa akur dengan kekalahan straight set di tangan beregu Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong 18-21, 18-21 dalam masa 55 minit.

Sementara itu, dalam aksi beregu campuran, pasangan No. 4 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai tumpas kepada gandingan No. 2 dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China 21-18, 19-21, 9-21 dalam masa 50 minit.

Shevon ketika ditemu bual Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata, tewas tipis dalam set kedua telah menjejaskan momentum mereka ketika beraksi di dalam set ketiga.

“Tiada isu fizikal ataupun tahap kecergasan kami menurun, cuma yang menjadi masalah ialah kami gagal mengekalkan momentum permainan kami selepas tewas dengan jurang mata yang cukup dekat dalam set kedua.

“Jadi, apabila permainan masuk ke set ketiga komunikasi kami mula terganggu yang menjadi punca kepada kekalahan kami,” katanya.

Kata Shevon, walaupun berdepan lawan yang sama, tetapi, setiap pertemuan cabarannya tidak sama dan dia serta Soon Huat perlu bijak bagaimana untuk mengendalikan diri sendiri ketika di dalam gelanggang.

Soon Huat pula berkata, mereka berjaya melangkah ke separuh akhir secara berturut-turut dan berharap dapat memperbaiki keputusan tersebut pada kejohanan seterusnya.

Minggu lalu, Soon Huat-Shevon turut mara ke separuh akhir pada kejohanan di laman sendiri iaitu Terbuka Malaysia, tetapi, nasib sama menimpa mereka apabila tersingkir di peringkat empat terbaik.

Minggu depan, pasangan suami isteri itu dan Pearly-Thinaah dijangka beraksi pada Indonesia Masters yang diadakan di Jakarta, Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya