Pearly-Thinaah naib juara Indonesia Masters

Pearly-Thinaah naib juara Indonesia Masters

PEARLY Tan-M. Thinaah ketika bergambar di podium selepas perlawanan akhir beregu wanita Indonesia Masters 2025 di Istora Senayan, Jakarta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekali lagi kekecewaan melanda beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah apabila mereka tumpas kepada Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong buat kali kedua berturut-turut, petang tadi.

Jika, minggu lalu, gandingan No. 7 dunia itu tunduk kepada pasangan pecah ganding dari Korea Selatan tersebut pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India, tetapi, hari ini, Pearly-Thinaah tewas 12-21, 21-17, 18-21 pada final Indonesia Masters di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia.

Kekalahan kali kedua itu yang mengambil masa selama 1 jam 14 minit menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua beregu tidak berpihak kepada Pearly-Thinaah 0-2.

Selaku naib juara pada kejohanan berstatus Super 500 itu, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah pingat perak, trofi kejohanan dan wang tunai bernilai AS$18,050 (RM79,022).

Walaupun masih belum mampu merangkul gelaran sejak musim 2025 membuka tirai kejuaraan, tetapi, prestasi Pearly-Thinaah mula menunjukkan peningkatan kembali secara perlahan-lahan.

Apa yang penting ialah keyakinan beregu Malaysia itu beraksi lebih konsisten dengan kemaraan sehingga ke separuh akhir di New Delhi dan final di Jakarta membuktikan mereka kini bermain dengan baik, cuma perlu mencari jalan untuk menterjemahkan kepada kemenangan pula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya