Pearly-Thinaah kejutkan juara Terbuka Malaysia 2025

Pearly-Thinaah kejutkan juara Terbuka Malaysia 2025

PEARLY Tan-M. Thinaah menumpaskan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 21-18, 21-19 pada aksi suku akhir Terbuka India 2025 di Stadium Tertutup KD Jadhav, New Delhi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mempamerkan ketenangan luar biasa untuk mengejutkan juara Terbuka Malaysia, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, sekaligus mara ke separuh akhir Terbuka India 2025, sebentar tadi.

Pasangan No. 7 dunia itu mengharungi perlawanan sengit sebelum menamatkan cabaran pasangan Jepun tersebut dengan kemenangan 21-18, 21-19.

Dalam perlawanan yang mendebarkan itu, Pearly-Thinaah berjaya menangkis kebangkitan lewat lawan mereka dan memastikan kemenangan pada mata kemenangan ketiga.

Kejayaan ini menjadi satu kebangkitan yang luar biasa buat Pearly-Thinaah selepas melalui tempoh sukar baru-baru ini, termasuk tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia minggu lalu.

“Kami hanya mahu kekalkan fokus kepada permainan serta satu sama lain. Saya rasa perlawanan hari ini kami agak gembira dengan kemenangan ini.

“Hal ini kerana kami berdepan dengan kekecewaan sejak minggu lalu. Jadi kami hanya mahu melupakannya dan mula dengan nafas baharu di kejohanan ini,” kata Thinaah kepada BWF.

Untuk mara ke final, Pearly-Thinaah perlu menumpaskan satu lagi cabaran besar apabila dijadualkan bertemu sama ada pasangan nombor 3 dunia dari Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong, atau bekas juara dunia, Lee So Hee-Baek Ha Na. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya