PBB kecam serangan hospital di Darfur ragut 70 nyawa

PBB kecam serangan hospital di Darfur ragut 70 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengecam keras serangan oleh kumpulan separa tentera terhadap sebuah hospital di El-Fasher, wilayah Darfur, Sudan, yang mengorbankan 70 nyawa.

Jurucakapnya, Stephane Dujarric berkata, serangan mengejut itu melibatkan satu-satunya hospital yang berfungsi di bandar terbesar Darfur, selepas lebih 21 bulan perang telah meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Sudan.

Sejak April 2023, Sudan terjerumus ke dalam kancah perang saudara antara ketua tentera, Abdel Fattah al-Burhan dan bekas timbalannya, ketua Pasukan Sokongan Pantas (RSF), Mohamed Hamdan Dagalo.

Pasukan RSF kini telah menguasai setiap ibu negeri di wilayah Darfur yang luas kecuali El-Fasher, yang telah dikepung sejak Mei.

“Setiausaha Agung menegaskan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, mereka yang cedera dan sakit, serta petugas perubatan dan fasiliti kesihatan, mesti dihormati dan dilindungi pada setiap masa,” tambah Dujarric.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, serangan terhadap hospital pada Jumaat lalu mengakibatkan 70 kematian dan 19 lagi cedera.

Perang di Sudan setakat ini telah meragut puluhan ribu nyawa, menyebabkan lebih 12 juta penduduk kehilangan tempat tinggal, dan mengancam jutaan lagi dengan kebuluran besar-besaran di seluruh negara itu.

Di kawasan sekitar El-Fasher, kebuluran melanda di tiga kem pelarian iaitu Zamzam, Abu Shouk dan Al-Salam dan dijangka akan merebak ke lima kawasan lagi termasuk bandar tersebut menjelang Mei, menurut penilaian yang disokong oleh PBB.–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya