Pang Ron-Su Yin tumpas awal

Pang Ron-Su Yin tumpas awal

AKSI pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin ketika menentang pasangan Taiwan, Ming Che Lu-Hung En-Tzu pada Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin gagal meneruskan kemaraan ke peringkat 16 terbaik selepas tunduk kepada pasangan Taiwan, Lu Ming Che-Hung Eng Tzu pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi.

Gandingan No. 20 dunia itu yang melakukan penampilan sulung pada kejohanan berstatus Super 1000 tersebut tewas dalam pertarungan sengit ditangan pasangan ke-51 dunia yang berlanjutan selama 66 minit dengan keputusan 26-28, 21-14, 22-24.

“Saya rasa kami main kurang baik. Lawan kami pun mempamerkan persembahan yang sangat baik dan itu menjadi kekurangan kami,” kata Su Yin.

Kekalahan itu menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua beregu kini terikat 1-1 selepas Pang Ron-Su Yin pernah menewaskan Ming Che-Eng Tzu pada Terbuka Macau, tahun lalu.

Beregu yang sedang meningkat naik itu melonjak ke dalam kelompok 20 terbaik dunia selepas mencipta kejutan mara ke perlawanan akhir China Masters pada November.

Tersingkir awal pada Terbuka Malaysia, Pang Ron-Su Yin kini sudah boleh mengalihkan fokus mereka pada kejohanan berikut iaitu Terbuka India yang bermula 14-19 Januari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya