Nurul Izzah pertahankan emas di Piala Presiden

Nurul Izzah pertahankan emas di Piala Presiden

NURUL Izzah Izzati Mohd Asri cuba memintas rakan senegaranya, Nur Alyssa Mohd Farid dalam final acara pecut elit wanita di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mengakui gembira apabila berjaya mengekalkan pingat emas dalam Siri Tiga Piala Presiden di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini.

Pelumba berusia 20 tahun itu mengekalkan pingat emas dalam acara pecut elit wanita selepas menewaskan rakan sepasukan, Nur Alyssa Mohd Farid manakala gangsa milik dari Korea Selatan, Kim Soohyun.

Dia sebelum ini turut memenangi emas dalam Siri Pertama dan Kedua kejohanan pada minggu lalu.

“Alhamdulillah, saya dapat mengekalkan pingat emas bagi acara pecut, tiga pingat emas. Acara ini memang memenatkan tetapi saya (kayuhan) semakin baik.

“Dia (Nur Alyssa) memberi cabaran yang baik dan memang saya memberi saingan untuk mendapatkan emas.

“Kami memang tidak main-main atau memberi peluang antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kejayaan tersebut meletakkan Nurul Izzah di kedudukan terbaik sebagai persiapannya menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 pada Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya