Norris terima bayaran bonus terbesar musim lalu

Norris terima bayaran bonus terbesar musim lalu

PELUMBA McLaren, Lando Norris (tengah) bersama rakan sepasukan, Oscar Piastri (kiri) dan Carlos Sainz di Grand Prix (GP) Abu Dhabi pada musim lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemandu Formula Satu (F1) terkemuka bukan sahaja menerima pendapatan yang besar tetapi mereka juga memperolehi bonus yang lumayan.

Pembayaran bonus lazimnya diberikan untuk kemenangan grand prix (GP) atau kejuaraan bagaimanapun bayaran tersebut bergantung kepada saiz dan kekayaan pasukan serta pengalaman pemandu.

Menurut majalah Forbes, pemandu McLaren, Lando Norris menerima bayaran bonus terbesar pada musim lalu.

Selain daripada gajinya AS$12 juta (RM54 juta), pelumba British itu menerima tambahan $AS23 juta (RM104 juta) untuk musim luar biasa apabila muncul naib juara dalam kejuaraan pemandu.

Norris hampir meraih gelaran juara bersama Max Verstappen, dengan memenangi empat GP sepanjang musim manakala rakan sepasukannya, Oscar Piastri, menerima jumlah bonus kedua tertinggi.

Dengan McLaren memenangi kejuaraan pengeluar, Piastri menerima tambahan AS$17 juta (RM77 juta) di atas gajinya sebanyak AS$5 juta (RM23 juta).

Verstappen, yang terhad dalam separuh kedua tahun ini dengan kereta yang kurang berprestasi, hanya membawa pulang bonus sebanyak AS$15 juta (RM68 juta).

Dua pelumba Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz, menerima bonus berjumlah AS$21 juta (RM95 juta) kerana membawa pasukan mereka muncul naib juara dalam kejuaraan pengeluar.

George Russell dari Mercedes memperoleh tambahan AS$8 juta (RM36 juta) selepas dua kejuaraan GP manakala Lewis Hamilton menerima AS$2 juta (RM9 juta) selepas kemenangan tunggal di Silverstone.

Sergio Perez yang mungkin menjadi musim terakhirnya di F1, membawa pulang AS$7.5 juta (RM34 juta) di mana musimnya memuncak awal dengan empat podium dalam lima perlumbaan pertama sebelum prestasinya merosot dengan mendadak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya