Nahas udara AS: Dua atlet Russia dalam pesawat

Nahas udara AS: Dua atlet Russia dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seramai dua peluncur ais Russia dan jurulatih dilaporkan turut menaiki penerbangan yang terhempas di Sungai Potomac berhampiran Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan, Washington.

Mangsa dikatakan menaiki penerbangan American Airlines 5342, menurut agensi berita Reuters yang memetik sumber daripada agensi berita Rusia, TASS.

Laporan itu susulan kenyataan US Figure Skating yang mengesahkan beberapa atlet mereka turut berada dalam pesawat tersebut.

Nahas berlaku selepas pesawat penumpang tersebut bertembung dengan sebuah helikopter tentera di udara berhampiran lapangan terbang menyebabkan penggantungan sementara semua jadual penerbangan.

Pesawat itu membawa seramai 64 penumpang, manakala helipkoter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat mempunyai tiga anggota tentera.

Sehingga kini, sebanyak 19 mayat berjaya ditemukan oleh pasukan penyelamat.

Usaha mencari dan menyelamat berdepan cabaran cuaca sejuk apabila suhu direkodkan pada 7 darjah Celcius di bawah paras beku.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya