Muhammadiyah tetapkan 1 Mac, tarikh awal Ramadan

Muhammadiyah tetapkan 1 Mac, tarikh awal Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Muhammadiyah menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah akan bermula pada 1 Mac ini, manakala sambutan Aidilfitri pula dijangka jatuh pada 30 Mac.

Maklumat itu diumumkan melalui kenyataan rasmi yang dimuat naik dalam akaun Instagram Pengurus Wilayah Muhammadiyah, hari ini.

Penetapan tarikh tersebut adalah berdasarkan Kalendar Hijriyah Global Tunggal (KHGT) yang dirumuskan oleh Majlis Tarjih dan Tajdid Muhammadiyah.

Menurut kenyataan tersebut, Muhammadiyah menggunakan kaedah astronomi dalam menentukan awal bulan Islam.

“Penetapan ini berdasarkan kriteria ijtimak, iaitu fenomena kedudukan bulan di antara bumi dan matahari pada satu garis lurus yang menandakan permulaan bulan hijrah baharu,” jelas kenyataan itu.

Berdasarkan KHGT, ijtimak akhir bulan Syaaban 1446H dijangka berlaku pada Jumaat, 28 Februari ini sekali gus memulakan puasa Ramadan pada keesokan harinya.

Tempoh berpuasa bagi tahun ini dijangka selama 29 hari, sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri pada 1 Syawal, iaitu pada 30 Mac hari Ahad.

Keputusan ini dijangka membantu umat Islam khususnya pengikut Muhammadiyah merancang persiapan ibadah sepanjang bulan Ramadan dan hari-hari kebesaran Islam pada tahun ini. –KOMPAS.COM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya