Muamalat Bullets sasar kejuaraan hatrik

Muamalat Bullets sasar kejuaraan hatrik

PEMAIN kebangsaan, Mohamad Sofian Kamil mempamerkan bola rasmi kejohanan, bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Enervive Sports, Shahrizin Shaharudin. - IHSAN ENERVIVE SPORTS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muamalat Bullets bersiap sedia untuk mempertahankan gelaran mereka buat kali ketiga berturut-turut apabila musim baharu Kejohanan Ragbi Super Korporat (CSR) yang bermula pada 8 Februari ini.

Sebanyak lapan pasukan dari sektor kerajaan dan korporat akan bersaing kali ini, dengan saingan dijangka semakin sengit.

Pengurus pasukan Muamalat Bullets, Megat Mohammad Faisal Khir Johari, optimis bahawa pasukannya mampu mengulangi kejayaan lalu dengan pengalaman luas yang dimiliki pemain.

“Kami sedar saingan kali ini pasti lebih mencabar. Namun, kami yakin pengalaman kolektif pemain akan membantu mencapai matlamat kami,” kata Faisal.

Muamalat Bullets telah diundi dalam Kumpulan B bersama RMAF Blackhawks, MBSJ Knights dan MBJB Red Panthera.

Kumpulan A pula terdiri daripada PPTD Patriots, MBDK Royal Town Warriors, JLJ Rugby dan Southern Oilers. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya