Masa depan KDA FC kelam

Masa depan KDA FC kelam

SKUAD Kedah Darul Aman FC berlatih dalam suasana tidak ceria selepas ramai pemain memilih untuk tidak menyertai sesi latihan kerana belum menerima bayaran gaji.- UTUSAN /SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Situasi yang me­landa Kedah Darul Aman (KDA) FC kini semakin parah dengan difahamkan tunggakan gaji pasukan itu mencecah sehingga 10 bulan.

Situasi berkenaan menyebabkan hampir separuh pemain mengambil keputusan drastik untuk tidak turun menyertai sesi latihan yang dikendalikan oleh jurulatih sementara KDA FC, Victor Andrag.

Situasi itu pastinya memberi kesan besar kepada skuad Hijau Kuning bagi meneruskan baki saingan Liga Super pada musim ini selain aksi separuh akhir Piala Cabaran.

Dalam aksi Liga Super, KDA FC akan menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada 10 Januari ini dan lapan hari kemudian akan berdepan PDRM FC untuk aksi separuh akhir pertama Piala Cabaran.

Lebih memburukkan keadaan, skuad Hijau Kuning juga kini kehilangan tiga lagi tonggak iaitu Sukhrob Nurulloev, Cleylton Santos dan Faiz Nasir untuk baki aksi musim ini.

Sukhrob dan Cleylton telah mencapai persetujuan bersama bagi penamatan kontrak untuk mengembangkan karier di liga luar Malaysia, manakala Faiz pula telah tamat tempoh pinjaman.

Victor yang merupakan kapten Kedah pada zaman ‘double treble’ 2007 dan 2008 berkata, sesi latihan pasukan itu hanya dihadiri antara sembilan hingga 12 pemain sahaja sejak kebelakangan ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya