Mangsa tanah runtuh di Jawa Tengah meningkat 21 orang

Mangsa tanah runtuh di Jawa Tengah meningkat 21 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKALONGAN: Jumlah mangsa akibat tanah runtuh di Jawa Tengah, Indonesia, meningkat 21 orang, manakala lima lagi mangsa masih dilaporkan hilang. 

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat dari Semarang, bandar berhampiran lokasi kejadian, Budiono berkata, pasukan penyelamat berdepan cabaran besar akibat keadaan cuaca buruk bagi mencari mangsa yang masih terselamat.

“Kami sudah menemukan 21 mangsa, dan lima lagi masih hilang,” katanya kepada AFP.

Hujan lebat di kawasan pergunungan berhampiran Pekalongan, Jawa Tengah, mencetuskan tanah runtuh yang meruntuhkan jambatan serta menimbus kereta dan rumah penduduk, Isnin lalu. 

Jentera berat digerakkan ke kawasan paling teruk terjejas di Kampung Kasimpar untuk mencari mangsa di bawah runtuhan sebuah rumah pegawai tempatan serta sebuah kafe, tempat yang dipercayai untuk mangsa berlindung ketika hujan. 

“Kami sedang memberi tumpuan kepada dua lokasi itu serta kawasan sungai berhampiran, kerana mangsa mungkin dihanyutkan arus sungai,” jelas Budiono.

Sekurang-kurangnya 13 orang turut cedera dalam kejadian itu, katanya.  

Pasukan penyelamat telah memulakan kerja-kerja membersihkan lumpur tebal dan sisa runtuhan dari jalan raya, kata Budiono.

Indonesia sering berdepan kejadian tanah runtuh ketika musim hujan yang biasanya berlaku antara November hingga April. 

Namun, beberapa bencana akibat cuaca buruk dilaporkan berlaku di luar musim tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Mei lalu, seramai 67 orang terkorban selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Sumatera Barat, yang membawa campuran abu, pasir, dan kerikil dari letusan Gunung Marapi ke kawasan perumahan. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya