PETALING JAYA: Seramai 7,574 orang mangsa banjir yang terdiri daripada 2,351 buah keluarga di Sabah dan Sarawak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 12.10 tengahari ini.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sarawak mencatatkan jumlah mangsa seramai 2,909 orang daripada 807 keluarga yang kini semuanya ditempatkan di 38 buah PPS yang dibuka di enam daerah di negeri itu.
Di Sabah pula sebanyak 4,653 mangsa yang terdiri dari 1,543 dipindahkan ke 38 PPS di 10 buah daerah.
Terdahulu, media melaporkan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diarahkan untuk memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri bagi menghadapi bencana banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.
Beliau berkata, skuad Ihsan Madani akan turun membantu mangsa banjir di PPS serta bersiap siaga bagi penugasan pasca banjir.-UTUSAN.