Malaysia, Switzerland setuju tubuh program pengajian bersama

Malaysia, Switzerland setuju tubuh program pengajian bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bersama Switzerland bersetuju untuk menubuhkan Program Malaysia-Swiss Nexus melalui sekretariat di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, persetujuan dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Profesor Dr. Martina Hirayama.

“Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dibincangkan terutamanya susulan kepada apa yang telah dibangkitkan pada pertemuan pertama tempoh hari.

“Antaranya ialah kami bersetuju dengan penubuhan Program Malaysia-Swiss Nexus melalui sekretariat di IKMAS, UKM.

“Kami juga bersetuju untuk melihat secara lebih komprehensif program pertukaran kepakaran sama ada dari segi pelajar, pensyarah dan juga penyelidikan antara kedua-dua negara,” katanya menerusi satu hantaran di akaun media sosial rasminya, hari ini.

Zambry berada di Switzerland bagi mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 yang berlangsung di Davos.

Sementara itu, Dr. Zambry berkata, beliau turut menjemput Martina untuk mengadakan lawatan ke Malaysia.

“Saya juga menjemput Prof Martina Hirayama untuk mengadakan lawatan ke Malaysia sempena Kepengerusian ASEAN 2025 untuk melihat lebih dekat universiti dan politeknik yang ada di Malaysia untuk mengadakan kolaborasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya