Malaysia 'bungkus' di Thailand Masters

Malaysia ‘bungkus’ di Thailand Masters

AARON Tai (kiri) dan Kang Khai Xing tewas kepada pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin, 21-19, 16-21, 14-21 pada aksi pusingan kedua Thailand Masters 2025 di Stadium Nimibutr, Bangkok, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fenomena mengejutkan melanda kem badminton negara apabila kesemua tujuh wakil Malaysia tersingkir pada aksi pusingan kedua Thailand Masters 2025 di Stadium Nimibutr, Bangkok, hari ini.

Juara dunia remaja 2024, Aaron Tai-Kang Khai Xin, gagal memanfaatkan kelebihan selepas memenangi set pertama apabila tewas kepada pilihan kedua, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin.

Pasangan ranking ke-58 dunia itu tewas pada pertarungan tiga set, 21-19, 16-21, 14-21, dalam tempoh 51 minit kepada gandingan Indonesia berkenaan.

Satu lagi wakil beregu lelaki negara, Goh V Shem yang bergandingan dengan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, turut gagal mara ke suku akhir selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, 11-21, 18-21.

Dalam acara perseorangan lelaki, Aidil Sholeh gagal mengekalkan rentak positif selepas tunduk kepada pilihan keenam dari China, Wang Zheng Xing, 9-21, 15-21, dalam masa 33 minit.

Selain itu, pemain profesional negara, Jacky Kok, juga menemui jalan buntu apabila ditundukkan oleh pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin, 13-21, 18-21, dalam masa 43 minit.

Sementara itu, satu-satunya wakil perseorangan wanita negara, S. Kisona, gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pilihan kedua dari Indonesia, Putri Kusuma Wardani, 13-21, 21-14, 17-21.

Beregu campuran muda negara, Loo Bing Kun-Ho Lo Ee, turut tersingkir selepas tewas kepada gandingan Indonesia, Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil, 7-21, 21-18, 14-21, dalam tempoh 37 minit.

Dalam kategori beregu wanita, pasangan negara yang membuat penampilan sulung di Terbuka Malaysia pada Januari lalu, Ong Xin Yee-Carmen Ting, turut gagal melangkah ke suku akhir selepas ditundukkan oleh pilihan kelapan dari Taiwan, Lin Xiao Min-Wang Yu Qiao, 17-21, 21-23. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya