CALIFORNIA: Kebakaran hutan seluas 14,541 hektar yang melanda Los Angeles disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah California sehingga menyebabkan lebih 10,000 bangunan musnah. Pemandangan serba indah kediaman mewah di tepi pantai bertukar sekelip mata seperti padang jarak padang tekukur. Situasi mengejut itu persis tanah tandus di Gaza yang diserang Israel. Bencana alam yang melanda kawasan yang menempatkan beberapa hartanah paling mahal di Amerika Syarikat (AS) itu sudah mengorbankan 10 nyawa. Dalam tempoh 24 jam, AccuWeather mengemas kini anggaran kerugian akibat kebakaran hutan di California mencecah AS$150 bilion (RM674 bilion) berbanding AS$57…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya