LOS ANGELES: Seramai lima orang terkorban akibat kebakaran hutan berskala besar di sekeliling Los Angeles sejak semalam.
Bencana itu menyebabkan ratusan rumah musnah sehingga mengehadkan sumber pemadam kebakaran dan bekalan air.
Angin kencang juga menghalang operasi memadam kebakaran dan membuat api semakin marak.
https://x.com/i/status/1877054941237288974
Kebakaran yang bermula sejak Selasa lalu, menyebabkan 100,000 penduduk diarah berpindah.
Pegawai negeri melaporkan lima kebakaran berasingan berlaku di Los Angeles.
Langit di negeri itu bersinar menjadi warna merah dan beberapa kawasan masih diselubungi asap tebal.
Hampir sejuta rumah dan premis perniagaan kehilangan kuasa.
“Kami sedang menghadapi bencana alam yang bersejarah,” kata Pengarah Pengurusan Kecemasan Los Angeles County dalam sidang akhbar.