Lima askar Cameroon maut diserang kumpulan bersenjata Nigeria

Lima askar Cameroon terbunuh diserang kumpulan bersenjata Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAOUNDE : Seramai lima askar Cameroon terbunuh dan beberapa yang lain cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata dari Nigeria di kampung Bakinjaw, berhampiran sempadan kedua-dua negara.

Ahli Parlimen daerah tersebut, Aka Martin Tyoga dan Ketua Tradisional Bakinjaw, Agwa Linus mengesahkan kejadian pada Jumaat lalu.

Menurut Tyoga, serangan itu dilakukan oleh ratusan penternak Fulani bersenjata yang melintasi sempadan dari negeri Taraba, Nigeria untuk menyerang pos tentera di kawasan Akwaya, barat daya Cameroon.

“Serangan ini dipercayai sebagai tindakan balas dendam selepas beberapa penternak Fulani dilaporkan terbunuh dalam operasi tentera Cameroon sehari sebelumnya,” katanya kepada Reuters.

Sementara itu, Linus turut memaklumkan rumahnya turut dibakar dalam serangan berkenaan.

“Ini bukan kali pertama mereka menyerang kami. Kejadian ini amat mendukacitakan,” katanya.

Serangan tersebut merupakan siri terkini percubaan untuk menawan kawasan bersempadan di wilayah itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya