PETALING JAYA: Pemain badminton perseorangan wanita kebangsaan, K Letshanaa mara ke pusingan pertama Indonesia Master selepas menewaskan wakil Denmark, Amalie Schulz di peringkat kelayakan, hari ini.
Pemain berusia 22 tahun itu mengambil masa selama 34 minit untuk menewaskan lawannya dengan keputusan 21-14, 21-16.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Lim Tze Jian-Wong Tien Chi berjaya menewaskan lawan dari Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn-Worrapol Thongsa-Nga 21-16, 21-15.
Namun, satu lagi beregu negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing terpaksa pulang awal setelah tunduk 21-19, 19-21, 21,19 kepada Raymond Indra-Patra Harapan Rindorindo dari Indonesia dalam tempoh 52 minit.
Bagi aksi beregu wanita menyaksikan wakil negara, Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien mara ke pusingan pertama apabila menewaskan gandingan Taiwan, Chiu Pin-Chian-Tung Ciou-tong 21-19, 21-12. – UTUSAN