Lelaki maut ditolak ketika guna eskalator - Utusan Malaysia

Lelaki maut ditolak ketika guna eskalator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis Metropolitan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kematian seorang lelaki yang didakwa ditolak jatuh dari eskalator di Stesen Waterloo sebelum ditemukan meninggal dunia.

Mangsa, Ian Airlie, 48, ditemukan tidak bernyawa di rumahnya di Greenwich pada Khamis, 10 Oktober lalu.

Keluarga mangsa memberitahu pihak polis Ian dikatakan telah ditolak jatuh dari eskalator di laluan Jubilee Line, Stesen Waterloo, sekitar pukul 5.05 petang, 15 September lalu.

Pada hari kejadian, Ian dipercayai sempat bercakap dengan pihak keselamatan stesen dan memaklumkan dia telah terjatuh ke atas seorang wanita yang digambarkan berpenampilan Asia Selatan.

Wanita tersebut turut dilaporkan terjatuh di eskalator, dan kini sedang dijejaki oleh polis.

Pihak polis turut meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat.

Pada hari kejadian, Ian dilihat memakai baju-T hitam dan seluar jogging kelabu muda, membawa sebuah beg galas Mountain Warehouse berwarna biru firus dan kelabu, serta sebuah beg pakaian hitam bersaiz sederhana.

Menurut Polis Metropolitan, bedah siasat ke atas mayat Ian tidak memberikan keputusan yang konklusif, dan pihak berkuasa kini sedang menunggu hasil ujian lanjut.

Detektif,Inspektor Chris Rogers, yang mengetuai siasatan, merayu kepada orang ramai supaya tampi memberi maklumat bagi memudahkan urusan penyiasatan pasukannya bagi menyelesaikan kes ini.

“Anda boleh membantu kami dengan tampil memberikan sebarang maklumat. Walaupun ia kelihatan kecil bagi anda, ia mungkin menjadi kunci untuk membuka jalan kepada siasatan ini,” tambah beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya