Lelaki bogel mati ditembak selepas mengamuk di gereja -

Lelaki bogel mati ditembak selepas mengamuk di gereja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Polis Perancis menembak mati seorang lelaki dalam keadaan bogel yang mengamuk dengan membawa sebilah pisau di Gereja Collegiate Saint Martin di bandar Brive, semalam.

Menurut Pendakwa Raya Brive, Florence Leroux-Ghristi, lelaki berusia sekitar 40-an itu dikatakan telah mencuri sebuah kenderaan sebelum mengganggu beberapa orang awam di kawasan berkenaan.

“Sebaik tiba di gereja, suspek bertindak tidak terkawal dan kelihatan mencederakan dirinya sendiri dengan pisau tersebut,” katanya kepada media.

Ketika polis tiba di lokasi kejadian, mereka cuba menenangkan suspek dengan menggunakan senjata elektro-kejut beberapa kali.

Namun, usaha itu gagal apabila lelaki tersebut bertindak agresif dengan melibaskan pisau ke arah anggota keselamatan.

“Disebabkan situasi yang semakin meruncing, polis akhirnya menggunakan senjata api, dan suspek kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya,” jelas Leroux-Ghristi.

Identiti lelaki itu belum dikenal pasti, dan pihak berkuasa mengesahkan tiada sebarang kenyataan berunsur keagamaan dibuat oleh suspek sepanjang kejadian tersebut.

Leroux-Ghristi turut memaklumkan bedah siasat akan dilakukan pada Jumaat ini bagi menentukan punca kematian secara terperinci.

Siasatan kini sedang dijalankan terhadap jenayah suspek, termasuk kesalahan mencuri kenderaan dan cubaan membunuh.

Selain itu, siasatan turut membabitkan kemungkinan empat anggota polis yang terlibat melakukan pembunuhan secara sengaja. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya