GAZA: Lebih banyak pertukaran tebusan dan tahanan dijangka berlaku di Semenanjung Gaza sekiranya gencatan senjata kekal dipatuhi, dalam beberapa minggu akan datang.
Minggu depan, empat tebusan Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin, lapor Al Jazeera.
Selepas itu, pertukaran akan terus berlaku pada setiap minggu sehingga tamat tempoh 42 hari.
Kemudian, rundingan untuk fasa kedua akan dimulakan, yang dijangka berlangsung selama 42 hari, namun rundingan ini akan bermula pada hari ke-16 perjanjian tersebut.
Selepas itu, fasa ketiga akan menyusul.
Banyak perkembangan yang sedang berlaku, terutamanya dengan harapan besar rakyat Palestin agar gencatan senjata ini dapat bertahan.