Lapan maut pasar di utara China terbakar - Utusan Malaysia

Lapan maut pasar di utara China terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HEBEI: Seramai lapan orang maut dan 15 yang lain cedera akibat kebakaran di sebuah pasar di wilayah Hebei, utara China.

Kebakaran di Pasar Liguang di bandar Zhangjiakou berlaku kira-kira pada waktu tengah hari, pada Sabtu.

Agensi berita Xinhua melaporkan api berjaya dipadamkan dua jam kemudian.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan keadaan mereka dilaporkan tidak berbahaya yang boleh mengancam nyawa,” kata laporan itu.

Pihak berkuasa juga dilaporkan sedang menyiasat punca kebakaran berkenaan.

Pasar yang dibuka sejak 2011 itu menjual pelbagai barangan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya