Kehadiran Akhyar satu ‘bonus’ buat Terengganu

Kehadiran Akhyar satu ‘bonus’ buat Terengganu

Para pemain Terengganu FC (TFC) menjalani sesi latihan akhir persiapan separuh akhir Piala Malaysia 2025 di Kompleks Sukan Gong Badak, semalam. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Atas kertas, reputasi dan senarai barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) meletakkan Harimau Selatan sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke aksi final Piala Malaysia musim ini.

Koleksi kejuaraan JDT sejak beberapa musim lalu sewajarnya menghadirkan gerun buat Terengganu FC (TFC) dalam perlawanan separuh akhir pertama antara kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, dekat sini, malam ini.

Namun, kesebelasan Sang Penyu diingatkan agar tidak ‘terlalu ambil peduli’ dengan status JDT sebagai pasukan pilihan, sebaliknya dituntut memberi komitmen 100 peratus dan berjuang hingga wisel penamat dibunyikan.

Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (TFFC), Mazuki Muhamad percaya pemain TFC akan memberikan segalanya untuk mengatasi juara bertahan Piala Malaysia itu sebagai bekalan ketika berkunjung ke gelanggang lawan, 1 Februari ini.

“Kita akui JDT pasukan yang gah ketika ini tetapi tidak bermakna kita sudah kalah sebelum berjuang. Setiap pemain TFC yang turun gelanggang mesti cuba sedaya upaya memberi saingan dan berjuang sehingga minit terakhir perlawanan.

“Penyokong tulen TFC kekal setia di belakang pasukan dan sentiasa meletakkan keyakinan dalam setiap perlawanan diharungi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Berhubung kehadiran tonggak Harimau Malaya, Akhyar Rashid ke dalam kesebelasan TFC, Mazuki menyifatkannya sebagai satu ‘bonus’ untuk Sang Penyu.

Akhyar yang sebelum ini dipinjamkan dari JDT menandatangani kontrak selama dua musim dengan TFC, sekali gus mengekalkannya sebagai pemain tetap di kelab Pantai Timur itu sehingga musim 2026/2027.

Sementara itu, Ketua Jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali berkata, strategi permainan Sang Penyu tidak berubah walaupun khidmat Akhyar dapat digunakan dengan misi utama adalah meraih kemenangan.

Katanya, perlawanan berdepan JDT diakui sukar namun barisan pemainnya akan cuba memberi persembahan terbaik untuk menyaingi Harimau Selatan di laman sendiri.

“Kita tidak meletakkan berapa sasaran gol tetapi mahu memang kerana bukan mudah mengatasi JDT. Walaupun ia adalah perlawanan timbal balik, kita ambil game by game dengan fokus kepada memburu kemenangan di depan penyokong sendiri terlebih dahulu,” katanya.

habis

Kapsyen: PEMAIN Terengganu FC menjalani sesi latihan akhir menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam ini -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya