Kapal perisik Russia ceroboh perairan Britain - Utusan Malaysia

Kapal perisik Russia ceroboh perairan Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tentera Laut Diraja Britain berjaya mengesan sebuah kapal perisik Russia yang melalui perairan negara itu. 

Menteri Pertahanan Britain, John Healey memberitahu Parlimen mengenai aktiviti itu dan memberi amaran kepada Presiden Russia, Vladimir Putin.

Healey berkata, kapal Yantar itu digunakan untuk mengumpul risikan dan memetakan infrastruktur dasar laut kritikal Britain.  

“Saya mahu Presiden Putin mendengar mesej ini, kami memerhatikan anda, kami tahu apa yang anda lakukan dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi melindungi negara ini’,” katanya kepada anggota Parlimen.  

Kapal tersebut memasuki perairan Britain pada Isnin lalu, kira-kira 72 kilometer dari pantai negara itu, sebelum Tentera Laut Diraja menghantar dua kapal untuk memantau pergerakannya, menurut Healey.  

“Kapal itu dikesan berlegar-legar di kawasan infrastruktur dasar laut kritikal UK,” katanya.

Kapal itu kini berada di Laut Utara selepas melalui perairan Britain.  

Healey juga memaklumkan ia merupakan kali kedua Yantar dikesan di perairan Britain dalam tempoh terkini, selepas ia turut dilaporkan pada November lalu.  

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kapal perang Britain kerap memantau kapal-kapal Tentera Laut Rusia yang melalui perairan negara itu. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya