MANILA : Kerajaan Filipina melahirkan kebimbangan berhubung penghantaran kapal pengawal pantai terbesar China ke dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) negara itu. Langkah itu disifatkan sebagai tindakan mengancam dan bertujuan menakut-nakutkan nelayan yang beroperasi di kawasan perairan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Jonathan Malaya berkata, pihaknya terkejut dengan peningkatan agresif yang ditunjukkan oleh Republik Rakyat China menerusi penghantaran kapal yang digelar ‘raksasa’. “Kami terkejut dengan tindakan agresif yang semakin meningkat oleh China apabila menghantar kapal raksasa ini,” katanya dalam sidang akhbar. Filipina mengemukakan bantahan rasmi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya