Kanak-kanak Palestin terkorban akibat serangan Israel di Shujaiya

Kanak-kanak Palestin terkorban akibat serangan Israel di Shujaiya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Agensi Pertahanan Awam Palestin memaklumkan serangan udara pada waktu Subuh semalam, di rumah keluarga al-Ghoula di Gaza mengorbankan 11 orang, dengan tujuh daripadanya adalah kanak-kanak.

Imej dari kejiranan Shujaiya menunjukkan penduduk mencari mangsa di bawah runtuhan dengan deretan mayat termasuk kanak-kanak kecil berbaris di atas tanah, diselubungi cadar putih.

“Ia adalah bangunan dua tingkat dan beberapa orang masih berada di bawah runtuhan. Dron Israel juga menembak ke arah kakitangan ambulans.

“Ia adalah rumah kepada kanak-kanak, wanita. Tidak ada sesiapa yang dikehendaki atau yang menimbulkan ancaman,” kata Jurucakap Pertahanan Awam, Mahmud Bassal.

Serangan Israel turut membunuh lima pegawai keselamatan yang ditugaskan mengiringi konvoi bantuan ketika mereka memandu melalui bandar selatan Khan Younis.

Namun, tentera Israel mendakwa kelima-lima anggota tersebut terlibat dalam aktiviti keganasan dan tidak mengiringi trak bantuan pada masa serangan itu.

Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas berkata, seramai 136 orang terbunuh dalam tempoh 48 jam lalu.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya