Jun Hao lanjutkan kemarau kejuaraan Malaysia

Jun Hao lanjutkan kemarau kejuaraan Malaysia

AKSI pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao ketika menentang pemain China, Lu Guang Zu pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harapan pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao untuk mempamerkan persembahan terbaik pada penampilan sulungnya di Terbuka Malaysia 2025 tidak kesampaian, apabila tewas kepada wakil China, Lu Guang Zu 17-21, 21-16, 13-21, di Axiata Arena, sebentar tadi.

Kekalahan itu turut meneruskan kemarau Malaysia yang gagal menjuarai kejohanan berkenaan sejak 2018, apabila Lee Chong Wei memenangi acara perseorangan lelaki.

Jun Hao, yang merupakan satu-satunya wakil perseorangan lelaki negara, gagal mempertahankan reputasinya apabila terpaksa akur dengan kekalahan straight set kepada pemain yang kini berada di ranking ke-16 dunia itu.

Perlawanan ini jelas lebih mencabar buat Jun Hao, memandangkan ini merupakan pertemuan sulungnya dengan pemain berusia 28 tahun tersebut.

Kekalahan Jun Hao menandakan beliau menjadi wakil negara keempat yang tersingkir pada aksi pembukaan kejohanan bertaraf Super 1000 itu.

Terdahulu, tiga beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, Wong Tien Chi-Lim Chiew Sien, dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jin  turut gagal mara apabila tewas kepada lawan masing-masing, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya