Jun Hao ketuai tiga beregu negara mara ke pusingan kedua Terbuka India

Jun Hao ketuai tiga beregu negara mara ke pusingan kedua Terbuka India

LEONG Jun Hao menewaskan pemain China, Li Shi Feng, 21-18, 17-21, 21-18 pada aksi pusingan pertama Terbuka India 2025 di New Delhi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao memulakan langkah kanan pada Terbuka India 2025 apabila mencipta kejutan mengatasi jaguh No. 6 dunia, Li Shi Feng, pada aksi puisngan pertama, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi, pemain berusia 26 tahun itu menumpaskan wakil dari China berkenaan pada pertarungan tiga set 21-18, 17-21, 21-18 dalam masa 78 minit.

Kemenangan terbabit memberi kemanisan kepada anak jati Kuala Lumpur itu susulan tewas kepada juara Asia terbabit pada pertemuan empat terakhir.

“Dia (Shi Feng) adalah lawan yang sangat sukar. Beliau memiliki fizikal dan pukulan yang sangat kuat. Boleh dikatakan sebagai pemain serba boleh.

“Saya hanya melakukan yang terbaik dan lebih bersabar pada perlawanan ini. Jadi saya sangat gembira apabila perancangan membuahkan hasil,” kata Jun Hao kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Jun Hao seterusnya dijadualkan bertemu dengan seorang lagi pemain China, Weng Hong Yang yang menghuni ranking 21 dunia pada kejohanan bertaraf Super 750 berkenaan.

Man Wei Chong-Kai Wun Tee tewas kepada beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, 23-21, 19-21, 21-16 pada aksi pusingan pertama Terbuka India 2025 di New Delhi, hari ini.

Dalam pada itu, nasib berbeza buat beregu lelaki negara apabila Man Wei Chong-Kai Wun Tee gagal melepasi wakil tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty selepas tewas 23-21, 19-21, 21-16 dalam tempoh 76 minit.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menumpaskan beregu negara, Nur Mohd Aziryn Ayub-Tan Wee Kiong 21-16, 21-16 pada aksi pusingan pertama Terbuka India 2025 di New Delhi, hari ini.

Beregu lelaki utama negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani selaku pilihan ketiga mudah mengetepikan rakan senegara, Nur Mohd Aziryn Ayub-Tan Wee Kiong apabila mara ke pusingan kedua dengan keputusan straight set 21-16, 21-16.

Arif Junaidi-Yap Roy King menumpaskan beregu Jerman, Daniel Hess-Marvin, 21-11, 21-8 pada aksi pusingan pertama Terbuka India 2025 di New Delhi, hari ini.

Arif Junaidi-Yap Roy King pula mengatasi kekecewaan tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2025 selepas menewaskan gandingan Jerman dengan mudah Daniel Hess-Marvin Seidel menerusi keputusan straight set 21-11, 21-8.

Arif-Roy King bakal melalui jalan berliku apabila dijadualkan bertemu dengan Sze Fei-Nur Izzuddin di pusingan kedua pada Khamis ini.

Sementara itu, beregu campuran sensasi negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin masih gagal menemui kemenangan pertama musim ini selepas akur dengan gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-18, 21-15 dalam masa 30 minit.

Beregu campuran utama negara yang juga No. 3 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hanya memerlukan 32 minit untuk menumpaskan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan, 21-15, 21-16.

Pilihan ketiga itu akan mengaturkan pertemuan dengan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Ng Tsz Yau atau juara Terbuka Malaysia 2025 dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran di pusingan kedua pada Khamis. – UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya