Jun Hao kalah lagi

Jun Hao kalah lagi

LEONG Jun Hao gagal melepasi halangan pemain China, Weng Hong Yang apabila tewas 21-14, 21-13 pada aksi pusingan pertama Indonesia Masters, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao terus kecewa apabila tewas kepada pemain China, Weng Hong Yang, pada aksi pusingan pertama Indonesia Masters di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.

Kekalahan itu adalah yang kedua berturut-turut kepada pemain No. 16 dunia tersebut dalam tempoh kurang seminggu.

Dalam tiga kejohanan terakhir, pemain berusia 26 tahun itu hanya mencatat satu kemenangan daripada empat perlawanan.

Beliau sebelum ini turut tumbang kepada Lu Guang Zu pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.

GOH Jin Wei

Turut menemui jalan keluar, pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei apabila gagal melepasi wakil dari Taiwan, Hsu Wen Chi.

Jin Wei terus bergelut dengan prestasinya, tewas kepada pemain No. 29 dunia itu dalam pertarungan tiga set 21-14, 19-21, 21-14 dalam masa 46 minit.

Seorang lagi wakil, K. Letshanaa meneruskan rentak positif apabila mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain Ukraine, Polina Buhrova.

Pemain berusia 21 tahun itu terpaksa bermandi peluh untuk mengetepikan Buhrova dalam pertarungan tiga set, 23-21, 15-21, 19-21.

Beliau yang kini menghuni di ranking ke-59 dunia itu seterusnya berdepan cabaran getir apabila mengaturkan pertemuan dengan pemain Vietnam, Nguyen Thuy Ling pada aksi pusingan kedua, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya