JS-SEZ buka lebih banyak peluang perniagaan - Onn Hafiz

JS-SEZ buka lebih banyak peluang perniagaan – Onn Hafiz

ONN HAFIZ Ghazi bersalaman dengan Lawrence Wong sambil diperhatikan oleh Anwar Ibrahim (kanan) ketika menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemeteraian Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) oleh Malaysia dan Singapura hari ini diyakini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perjanjian itu juga secara tidak langsung meningkatkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan republik tersebut, sekali gus  membawa limpahan serta manfaat besar, terutamanya kepada negeri ini dan rakyat Johor.

“Perjanjian JS-SEZ ini adalah hasil daripada perbincangan yang mendalam dan persediaan yang teliti antara kerajaan kedua-dua negara. Saya amat berbesar hati dapat menyaksikan pemeteraian JS-SEZ  yang telah ditandatangani kerajaan Malaysia dan  Singapura.

“Ini adalah satu langkah strategik yang akan memberi impak positif terhadap pembangunan negeri Johor dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan pelaburan serta pengukuhan sektor-sektor utama di Johor,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini.

Majlis permeteraian JS-SEZ disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong di Putrajaya, hari ini.

Anwar menyifatkan JS-SEZ  sebagai inisiatif unik, menyaksikan kerjasama membabitkan dua negara sebagai satu pasukan dalam menarik pelaburan.

Onn Hafiz turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan perjanjian berkenaan, terutamanya Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Invest Johor.

“Semoga segala perancangan dan usaha ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, dan seterusnya memberi limpahan manfaat kepada rakyat Johor serta Malaysia secara keseluruhan. Insya-Allah, kita akan menyaksikan transformasi positif untuk Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya