Jin Wei tewas, alami kejang perut

Jin Wei tewas, alami kejang perut

AKSI pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei ketika menentang pemain India, Malvinka Bansod pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei mengecewakan penonton Axiata Arena apabila turut terkandas di pusingan pertama Terbuka Malaysia 2025, sebentar tadi.

Lebih buruk, pemain No. 42 dunia itu turut dikejarkan untuk menerima rawatan dengan kadar segera selepas mengalami kejang perut dan sesak nafas selepas tewas kepada wakil India, Malvika Bansod.

Pada aksi yang berlangsung itu, Jin Wei turun menentang pemain No. 32 dunia itu kelihatan bergelut dengan aksi yang kurang konsistennya sejak musim lalu.

Bagaimanapun, Malvika hanya memerlukan 45 minit sahaja untuk menumpaskan pemain berusia 24 tahun menerusi kemenangan straight set 15-21, 16-21.

Terdahulu, beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King turut menemui jalan buntu apabila tewas kepada beregu pecah ganding yang juga berpengalaman dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 17-21, 11-21. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya