Jessica Simpson bercerai kali kedua - Utusan Malaysia

Jessica Simpson bercerai kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bahtera perkahwinan penyanyi, Jessica Simpson dan suaminya, Eric Johnson yang dibina 10 tahun ranap apabila pasangan suami isteri itu memutuskan untuk bercerai.

Lapor CNN, Simpson memaklumkan keputusan itu diambil selepas dia dan bekas suami tidak lagi tinggal sebumbung dan berdepan pelbagai masalah dalam rumah tangga mereka.

“Kami sudah tidak lagi tinggal bersama dan hubungan kami semakin lama semakin renggang.

“Apa pun anak-anak menjadi keutamaan kami buat masa ini. Saya dan bekas suami akan merancang yang terbaik untuk masa hadapan mereka.

“Saya dan bekas suami berterima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan kepada kami selama ini, dan kami berharap diberi ruang dan tempoh bertenang dalam berdepan situasi sukar ini,” katanya dalam kenyataan.

Bekas pasangan suami isteri itu mula menjalinkan hubungan istimewa pada 2010 sebelum berkahwin empat tahun kemudian.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Maxwell Drew, 12, Ace Kenute, 11 dan Birdie Mae, 5.

Simpson pada 2002 pernah berkahwin dengan anggota kumpulan 98 Degress, Nick Lachey namun bercerai lima tahun kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya