Jerman desak EU kurangkan sekatan terhadap Syria

Jerman desak EU kurangkan sekatan terhadap Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Jerman kini mendesak Kesatuan Eropah (EU) untuk melonggarkan sekatan terhadap Syria ketika negara-negara Barat berusaha menjalin hubungan dengan kepemimpinan baharu negara itu, menurut diplomat.   

Berlin kini mengusulkan agar urusan kewangan dengan perkhidmatan kerajaan Syria dipermudah, sekatan terhadap pemindahan modal swasta dilonggarkan dan berkemungkinan turut mempertimbangkan untuk menamatkan sekatan terhadap sektor tenaga dan penerbangan, menurut sumber diplomatik.  

Cadangan itu dikemukakan selepas Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock, bersama rakan sejawatan dari Perancis menjadi pegawai tertinggi Barat melawat Damsyik sejak kejatuhan rejim Bashar.  

Menteri-menteri luar EU dijangka membincangkan usul tersebut dalam mesyuarat di Brussels pada 27 Januari, dengan sebarang perubahan memerlukan sokongan sebulat suara daripada semua negara anggota. 

EU yang dianggotai oleh 27 buah negara, sebelum ini mengenakan sekatan yang luas terhadap kerajaan bekas diktator, Bashar al-Assad serta sektor ekonomi negara tersebut sepanjang perang saudara berlangsung.  

Usaha Jerman ini dibuat selepas Amerika Syarikat mengumumkan pelepasan sekatan tambahan terhadap beberapa aktiviti di Syria selama enam bulan bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan asas.  

Kerajaan peralihan di Damsyik kini turut giat melobi supaya sekatan terhadap negara itu dihapuskan.  

Namun, masyarakat antarabangsa masih berhati-hati untuk menarik balik sekatan tersebut, dengan kebanyakan negara mahu melihat bagaimana kuasa baharu itu melaksanakan tanggungjawab mereka sebelum membuat sebarang keputusan.  

Kumpulan pejuang Hayat Tahrir al-Sham, yang diketuai oleh pemimpin de facto Syria, Ahmed al-Sharaa, yang mendominasi kerajaan semasa, secara rasmi masih lagi berada di bawah sekatan EU. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya