Izzat sasar hatrik Kejuaraan Boling Padang Asia

Izzat sasar hatrik Kejuaraan Boling Padang Asia

IZZAT SHAMEER DZULKEPLE - Ihsan Facebook Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple mahu melakar sejarah merangkul gelaran hatrik pada Kejohanan Boling Padang Asia pada tahun ini selepas meraih pingat emas berturut-turut dalam dua edisi sebelum ini.

Izzat, yang mencuri tumpuan dengan prestasi cemerlangnya di pentas Asia berkata, kejayaan tersebut menjadi pemangkin semangat untuk terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pemain terbaik rantau ini.

“Kejayaan dua tahun lepas merupakan satu pencapaian yang amat bermakna buat saya dan negara.

“Tahun ini, saya ingin memastikan prestasi ini dikekalkan dan jika diizinkan mencatatkan hatrik kejuaraan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pemain yang berada di ranking No.1 Dunia itu berkata, persiapan mental dan fizikal adalah kunci utama untuk mengekalkan momentum kemenangan.

Beliau juga tidak mengambil mudah cabaran yang bakal dihadapi, memandangkan pesaing dari negara lain semakin menunjukkan peningkatan.

“Latihan intensif bersama jurulatih dan rakan sepasukan amat penting bagi memastikan saya berada dalam prestasi terbaik. Saya juga perlu sentiasa fokus kerana saingan semakin sengit,” katanya.

Izzat akan memulakan tahun 2025 dengan menyertai dua kejohanan besar iaitu Kejohanan Dunia Boling Padang di England pada bulan ini dan Kejohanan Boling Padang Asia pada Mac ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya