Izzah, Ridwan raih emas keirin Siri Tiga Piala Presiden

Izzah, Ridwan raih emas keirin Siri Tiga Piala Presiden

NURUL Izzah Izzati Mohd Asri (tengah) meraikan pingat emasnya bersama pelumba Korea Selatan, Kim Haeun (kiri) dan Hwang Hyeonso pada acara final elit keirin wanita Siri Tiga Piala Presiden di Velodrom Nasional Nilai, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Pelumba sensasi negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menepati ramalan di Piala Presiden 2025 apabila meraih pingat emas acara keirin elit wanita pada Siri Tiga di Velodrom Nasional Nilai, hari ini.

Lebih manis, pingat emas itu sekali gus turut mengubat dukanya yang terlepas pingat emas pada Siri Dua selepas dipintas oleh pelumba Korea Selatan, Kim Haeun, Ahad lalu.

Pada aksi final berkenaan, pelumba berusia 22 tahun itu mempamerkan kayuhan bertenaga yang turut meninggalkan Haeun di tempat kedua manakala pingat gangsa dimiliki oleh satu lagi wakil Korea Selatan, Hwang Hyeonseo.

Pelumba muda negara, Nurul Alyssa Mohd Farid turut menamatkan saingan di tempat kelima pada acara tersebut.

Secara keseluruhan, Izzah menyapu bersih tiga pingat emas pada acara pecut manakala keirin beliau meraih dua emas selepas hanya mengaut perak pada Siri Dua.

MUHAMMAD Ridwan Sahrom (tengah) ketika di podium bersama Muhammad Fadhil Mohd Zonis (kiri) dan pelumba Korea Selatan, Kang Seoujun pada aksi final elit keirin lelaki Siri Tiga Piala Presiden di Velodrom Nasional Nilai, hari ini. – UTUSAN/AMIR KHALID

Dalam pada itu, saingan elit lelaki menyaksikan Muhammad Ridwan Sahrom berjaya keluar dari episod hitam selepas gagal melayakkan diri ke acara final pada Siri Satu dan Dua apabila mengungguli acara berkenaan, hari ini.

Pelumba berusia 24 tahun itu turut mencipta kejutan apabila menewaskan seniornya, Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang meraih pingat perak pada acara keirin itu.

Pingat gangsa berjaya dibawa pulang oleh pelumba Korea Selatan, Kang Seoujun.

Untuk rekod, Ridwan berjaya mengaut emas pada acara pecut (Siri Satu dan Dua), keirin (Siri Tiga) serta gangsa di acara pecut Siri Tiga, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya