Isteri tenat hidap kanser, suami tetap paksa buat hubungan intim

Isteri tenat hidap kanser, suami tetap paksa buat hubungan intim

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan, sanggup membiarkan isterinya terlantar kerana menolak ajakan melakukan hubungan intim.

Difahamkan, wanita itu tidak sanggup melayani permintaan suaminya kerana berada dalam keadaan tenat disebabkan menghidap kanser paru-paru.

Mangsa mengalami sesak nafas dan meninggal dunia di hospital, minggu lalu.

Wahyu Saputra, 26, akhirnya menyesal dan mengaku kesilapan kerana mengabaikan kebajikan isterinya.

Dia turut meminta maaf terhadap keluarga isterinya atas beberapa pengabaian termasuk enggan menyuap isterinya makan kerana penolakan tersebut.

“Saya bagi makan, tetapi hanya letak di sebelah isteri saya.

“Sebelum kejadian, saya selalu memberikan makan dan menyuap isteri saya,” luahnya.

Wahyu kemudian diberkas oleh pihak polis kerana didakwa sebagai suspek yang menyebabkan kematian isterinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya