BEIRUT: Seramai 24 orang cedera akibat serangan Israel di selatan Lubnan, hari ini.
Insiden itu merupakan serangan terbesar oleh rejim Zionis di kawasan berkenaan sejak gencatan senjata termeterai dengan Hezbollah, November lalu.
Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati mengecam serangan berkenaan.
Jelasnya, ia adalah sebuah lagi pelangggaran terhadap kedaulatan Lubnan dan merupakan ‘pencabulan terang-terangan’ terhadap perjanjian gencatan senjata.-AGENSI