Israel bebaskan 110 banduan Palestin, termasuk 30 kanak-kanak

Israel bebaskan 110 banduan Palestin, termasuk 30 kanak-kanak

GAMBAR menunjukkan seorang tebusan Israel keluar dari kenderaan untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semasa operasi pertukaran tebusan-tahanan di Dataran Saraya, di barat Bandar Gaza, 19 Januari lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Pihak berkuasa Israel akan membebaskan seramai 110 banduan Palestin, termasuk 30 kanak-kanak, hari ini, sebagai sebahagian daripada pertukaran tahanan di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kelab Banduan Palestin, pembebasan tersebut merupakan pertukaran tahanan kali ketiga sejak gencatan senjata di Gaza bermula pada 19 Januari lalu.

“Seramai 110 banduan Palestin dijadualkan dibebaskan hari ini,” kata kumpulan advokasi itu dan mereka dijangka tiba di kawasan Radana, Ramallah sekitar waktu tengah hari.

Senarai banduan yang bakal dibebaskan menunjukkan 30 orang merupakan kanak-kanak bawah umur, 32 telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, manakala 48 lagi sedang menjalani hukuman penjara dengan tempoh berbeza.

Selain itu, seramai 20 tahanan Palestin yang dibebaskan akan dihantar ke luar negara.

Dalam dua pertukaran tahanan terdahulu, tujuh tebusan Israel telah dibebaskan oleh kumpulan pejuang Palestin sebagai pertukaran dengan 290 banduan dengan hampir kesemuanya rakyat Palestin, kecuali seorang warga Jordan.

Hari ini, tiga lagi tebusan Israel bakal dibebaskan bersama lima rakyat Thailand yang turut ditawan.

Menurut laporan, tiga tebusan Israel yang dibebaskan adalah Arbel Yehud, Agam Berger dan Gadi Moses, manakala identiti lima warga Thailand belum didedahkan.

Pertukaran tahanan keempat yang dijadualkan pada Sabtu nanti bakal menyaksikan tiga lelaki Israel lagi dibebaskan, menurut pejabat Perdana Menteri Israel.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya