Indonesia rasmi sertai BRICS - Utusan Malaysia

Indonesia rasmi sertai BRICS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Kerajaan Brazil memaklumkan Indonesia secara rasmi menyertai blok negara BRICS sebagai ahli penuh, mengembangkan lagi kumpulan ekonomi pesat membangun utama yang turut merangkumi Russia, India, China dan Afrika Selatan.

Indonesia sebelum ini menyatakan hasrat untuk menyertai kumpulan tersebut sebagai satu cara untuk mengukuhkan blok negara-negara membangun dan memajukan kepentingan negara yang dipanggil Global Selatan.

Brazil, yang memegang jawatan Presiden blok itu pada 2025 berkata, negara anggota meluluskan kemasukan Indonesia secara konsensus sebagai sebahagian daripada dorongan perluasan yang awalnya diluluskan ketika sidang kemuncak blok itu di Afrika Selatan, dua tahun lalu.

Brazil menyatakan bidaan Indonesia mendapat lampu hijau daripada blok tersebut pada 2023, tetapi negara Asia itu meminta untuk menyertainya  selepas pilihan raya Presiden yang diadakan pada 2024.

Presiden, Prabowo Subianto mengambil alih jawatan pada Oktober 2024.

“Indonesia berkongsi dengan ahli kumpulan yang lain menyokong pembaharuan institusi tadbir urus global, dan menyumbang secara positif kepada pengukuhan kerjasama di Global Selatan,” kata kerajaan Brazil.

Kumpulan BRICS juga termasuk Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya