IKN erat hubungan dengan Balai Polis Kelana Jaya

IKN erat hubungan dengan pegawai, anggota Balai Polis Kelana Jaya

IKN polis
DANIAL Rafiq Mohd Pathil (tengah) dan Setiausaha Agung IKN, Juliyus Allen (dua, kiri) bersama jawatankuasa IKN dan anggota polis pada Majlis Makan Malam bersama Balai Polis Kelana Jaya, di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Impian Kemajuan Negara (IKN) mengambil langkah mengerat hubungan bersama polis dengan mengadakan majlis makan bersama Balai Polis Kelana Jaya sempena sambutan tahun baharu serta perhimpunan bulanan peringkat balai, hari ini.

IKN dalam kenyataannya berkata, perhimpunan bulanan dipengerusikan oleh Ketua Balai Polis Kelana Jaya, Asisten Superintendan Mazli Jusoh @ Che Kob, mesyuarat tersebut bertujuan menyemak segala aktiviti serta mendapat penyelesaian berhubung isu-isu dalam memperkasakan perkhidmatan balai serta anggota-anggotanya.

“Ketibaan Pengerusi IKN, Danial Rafiq Mohd Pathil dan delegasi pertubuhan disambut baik dalam jamuan makan bersama lebih kurang 50 anggota Balai Polis Kelana Jaya.

“Majlis itu bermatlamat mengeratkan hubungan dan memperkukuhkan kerjasama antara polis dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mana hal ehwal kebajikan warga PDRM adalah tumpuan asas pertubuhan kami,” katanya.

Jelasnya, selari dengan matlamat pertubuhan, pada tahun ini IKN menyumbangkan dana dalam berbentuk sumbangan bagi menaiktaraf kemudahan Balai Polis Kelana Jaya di bawah Daerah Petaling Jaya.

“Dengan sumbangan ini, pihak kami sedikit sebanyak memastikan keselesaan anggota terjamin selaras dengan matlamat utama pertubuhan, kami berharap dengan sumbangan itu anggota berada dalam kelesesaan yang mampan,” ujarnya.

Sementara itu, kenyataan sama memaklumkan pertubuhan IKN memacu perubahan positif dan memberikan impak bermakna kepada rakyat melalui pendekatan holistik dalam kebajikan sosial, selain komited meningkatkan kualiti hidup komuniti dan membina masa depan sosial negara yang mampan, sejahtera, dan saksama untuk manfaat semua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN