Ibu sumbat anak dalam beg pakaian - Utusan Malaysia

Ibu sumbat anak dalam beg pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIANA: Seorang wanita ditahan pihak berkuasa selepas didakwa memasukkan anak lelakinya yang berusia dua tahun ke dalam sebuah beg pakaian ketika menaiki sebuah bas.

Ashley Gibson, 29, berkata, tindakan tersebut dilakukan untuk memastikan anaknya sentiasa berada dalam keadaan hangat.

Menurut pihak polis, kejadian tersebut berlaku pada Khamis, 12 Disember lalu, di Bloomington, Indiana dan laporan media tempatan seperti FOX 59, WBIW dan Indiana Public Media turut mengesahkan insiden terbabit.

Gibson kini berdepan tuduhan membahayakan keselamatan kanak-kanak selepas dilaporkan membawa sebuah beg pakaian besar semasa menaiki bas transit Bloomington.

Ketika berada dalam bas, Gibson didakwa memberitahu pemandu bas mengenai anaknya yang dimasukkan ke dalam beg pakaian tersebut sehingga membuatkan lelaki itu terkejut dengan pengakuan itu sebelum bertindak segera menghentikan kenderaan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Rakaman video yang diteliti penyiasat menunjukkan Gibson membuka beg pakaian tersebut kira-kira 18 minit selepas menaiki bas dan mengeluarkan anaknya dari dalam beg itu.

Menurut laporan People, ketika disoal siasat, Gibson mendakwa anaknya dimasukkan ke dalam beg pakaian kerana ingin memastikan kanak-kanak itu kekal hangat, namun, pihak polis mendapati kanak-kanak tersebut telah memakai pakaian yang sesuai dengan cuaca pada waktu itu.

Suspek turut mendakwa tindakannya mendapat kebenaran daripada pekerja sosial yang bertanggungjawab terhadap kesnya.

Namun, kenyataan tersebut masih diragui kerana selalunya mereka tidak akan membenarkan tindakan yang berisiko tinggi demikian dilakukan terhadap keselamatan kanak-kanak.

Setakat ini, pihak berkuasa belum dapat memastikan bila kanak-kanak tersebut dimasukkan ke dalam beg itu atau sama ada terdapat kecederaan semasa kejadian.

Ashley Gibson ditahan pada 14 Januari lalu dan didakwa atas tuduhan kecuaian serta membahayakan keselamatan kanak-kanak.

Insiden ini menarik perhatian masyarakat mengenai isu penjagaan anak yang penuy kontrobersi, sekali gus mencetuskan perdebatan sama ada tindakan seperti itu boleh diterima dalam situasi tertentu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya