Hutan terbakar Los Angeles : 400,000 premis terputus elektrik

Hutan terbakar Los Angeles : 400,000 premis terputus bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Lebih 400,000 kediaman dan premis perniagaan di California, Amerika Syarikat (AS) terputus bekalan elektrik disebabkan kebakaran hutan yang tidak terkawal dan terus merebak di sekitar Los Angeles.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya enam kebakaran berlaku sejak Selasa lalu, di daerah Los Angeles dan Ventura.

Kebakaran tersebut memusnahkan kediaman, sekolah dan perniagaan meliputi lebih 20,000 ekar akibat tiupan angin musim luruh yang memburukkan keadaan.

Hampir keseluruhan kawasan terjejas adalah di selatan California, terutamanya di Los Angeles, menurut laman web PowerOutage.

https://x.com/i/status/1876839501701513524

Southern California Edison, anak syarikat kepada Edison International, telah memutuskan bekalan elektrik di lebih 169,000 kediaman dan perniagaan di enam daerah, bersamaan lebih tiga peratus daripada lima juta pelanggannya.

Selain itu, 8.5 peratus lagi pelanggan telah dimaklumkan berkemungkinan berdepan pemotongan bekalan elektrik tambahan.

Langkah yang dikenali sebagai power safety shutoff, diambil untuk mengurangkan risiko objek terbang mencetuskan kebakaran apabila terkena talian elektrik, jelas jurucakap syarikat itu, Jeff Monford.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjauhkan diri daripada sebarang talian elektrik yang tumbang.

Menurut Monford, waktu pemulihan bekalan elektrik belum dapat dipastikan kerana kerja pembaikan hanya boleh dilakukan selepas keadaan kembali selamat.

Kebakaran Palisades yang melibatkan hampir 12,000 ekar terus memusnahkan kawasan Pacific Palisades, yang terletak di antara bandar pantai Santa Monica dan Malibu.

Pihak berkuasa sedang giat berusaha mengawal kebakaran yang terus mengancam keselamatan penduduk serta infrastruktur di kawasan terlibat.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN