Hasrat Soon Huat-Shevon ke separuh akhir tidak kesampaian

Hasrat Soon Huat-Shevon ke separuh akhir tidak kesampaian

BEREGU campuran professional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai akur dengan gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukoh-Supissara Paewsampran 21-17, 12-21, 16-21 pada aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai terkandas di separuh akhir selepas tumpas kepada Dechapol Puavaranukoh-Supissara Paewsampran pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi.

Gandingan No. 6 dunia itu tunduk dalam permainan rubber set 21-17, 12-21, 16-21 kepada beregu Thailand dalam aksi yang berlanjutan selama lebih sejam.

Kekalahan tersebut menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua beregu kini berpihak kepada Dechapol-Supissara 2-1.

Walaupun tewas, kejayaan melangkah sehingga ke separuh akhir Terbuka Malaysia merupakan pencapaian terbaik Soon Huat pada kejohanan berstatus Super 1,000 itu.

Pada penyertaan lalu, pasangan suami isteri tersebut hanya mampu mara sejauh pusingan kedua.

Shevon berkata, memang menyedihkan kemaraan mereka disekat di separuh akhir kerana peluang sudah terbentang di depan mata untuk mara ke final.

“Dalam hati memang hendak 200 peratus ke final untuk Malaysia, ini peluang yang bagus dan susah juga hendak dapat.

“Kita cuba bagi yang terbaik, malah, sepanjang minggu ini kami mempamerkan prestasi yang konsisten dan kemahiran individu kami juga meningkat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir.

Soon Huat pula berkata, sewaktu ketinggalan dalam set kedua, keadaan mental dia serta Shevon berada agak rendah dan lawan pula terus memaksa kesilapan demi kesilapan dilakukan.

“Kami sampai terpaksa fikirkan taktikal baharu, tetapi, malangnya kami lambat bangkit. Amat penting untuk kami perbaiki persembahan kami agar lebih konsisten dan memiliki daya tahan yang lebih bagus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya