Hamas sedia dialog dengan Trump - Utusan Malaysia

Hamas sedia dialog dengan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kumpulan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza bersedia untuk berdialog dengan Amerika Syarikat dan pentadbiran baharunya di bawah Donald Trump. 

Perkara itu didedahkan oleh seorang pegawai kanan Hamas, Mousa Abu Marzouk. 

Abu Marzouk yang merupakan ahli pejabat politik Hamas memberitahu The New York Times kumpulan itu ‘bersedia untuk dialog dan mencapai pemahaman tentang segala-galanya. 

Lelaki berusia 74 tahun itu kini berpangkalan di Qatar yang berasal dari Gaza dan merupakan bekas penduduk Virginia. 

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuatkuasa di Semenanjung Gaza, serentak dengan perasmian pentadbiran baharu Rumah Putih. 

Beliau malah memberitahu Hamas bersedia untuk mengalu-alukan wakil pentadbiran Trump ke Semenanjung Gaza. 

“Mereka boleh datang dan melihat rakyat serta cuba memahami perasaan dan kehendak mereka, supaya kedudukan Amerika berdasarkan kepentingan semua parti dan bukan hanya satu parti,” katanya. 

Abu Marzouk memuji Trump kerana membantu memeterai perjanjian gencatan senjata di Gaza. 

Katanya, tanpa desakan Trump untuk menamatkan perang, perjanjian itu tidak akan berlaku. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya