Hamas, Israel setuju bebaskan tebusan - Utusan Malaysia

Hamas, Israel setuju bebaskan tebusan

PINTU masuk sebuah kedai di jalan King George di Baitulmuqaddis memaparkan sepanduk dengan potret warga Israel yang menjadi tebusan di Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dijangka dilaksanakan dengan jaminan dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Perjanjian itu menetapkan penghantaran 600 buah trak bantuan kemanusiaan ke Gaza setiap hari, dengan separuh daripadanya akan dihantar ke kawasan utara wilayah tersebut.

Dalam fasa pertama yang berlangsung selama enam minggu, Hamas bersetuju membebaskan 33 tahanan Israel, termasuk kanak-kanak, tentera wanita, orang awam serta lelaki berusia lebih 50 tahun.

Sebagai balasan, Israel akan membebaskan 50 tahanan Palestin bagi setiap tentera wanita serta 30 tahanan bagi setiap orang awam yang dibebaskan oleh Hamas.

Israel turut komited untuk membebaskan semua wanita dan kanak-kanak berumur bawah 19 tahun yang ditahan sejak konflik tercetus pada 7 Oktober 2023.

Selain itu, Israel akan membenarkan penduduk Palestin yang tidak bersenjata untuk kembali ke utara Gaza secara berperingkat, di samping meningkatkan penghantaran bantuan sehingga 600 trak sehari.

Jika syarat-syarat fasa pertama dipenuhi, Hamas akan membebaskan semua tahanan Israel yang masih hidup, kebanyakannya terdiri daripada tentera lelaki dan sebagai balasan, Israel akan membebaskan lebih ramai tahanan Palestin.

Dalam fasa ini, Israel juga akan melaksanakan pengunduran sepenuhnya dari Gaza, termasuk di kawasan sempadan Mesir-Gaza yang dikenali sebagai koridor Philadelphi.

Sekiranya syarat-syarat fasa kedua dipenuhi, mayat tahanan Israel yang masih berada dalam simpanan Hamas akan diserahkan kepada Israel dan satu pelan pemulihan Gaza selama tiga hingga lima tahun akan dilaksanakan di bawah seliaan antarabangsa.

Perjanjian ini diharap dapat membawa kestabilan ke wilayah konflik serta membuka laluan untuk penyelesaian yang lebih komprehensif. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya