WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) yakin perjanjian gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan semakin hampir dicapai menjelang pertukaran pentadbiran baharu. Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Jake Sullivan berkata, rundingan yang masih berlangsung itu berpotensi dimuktamadkan pada minggu terakhir pentadbiran Presiden AS, Joe Biden. “Kita hampir mencapai perjanjian dan ia boleh diselesaikan minggu ini. “Saya tidak memberi jaminan atau membuat ramalan, tetapi perjanjian itu boleh dicapai dan kami akan berusaha untuk merealisasikannya,” kata Sullivan kepada pemberita. Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad lalu, dan menghubungi pemerintah Qatar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya