Gencatan senjata di Gaza dimuktamadkan, berkuatkuasa Ahad ini - Utusan Malaysia

Gencatan senjata di Gaza dimuktamadkan, berkuatkuasa Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata bagi menamatkan peperangan di Gaza yang berlanjutan selama 15 bulan.

Perjanjian itu disahkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden melibtakan gencatan senjata penuh dan lengkap, pengunduran tentera Israel dari Gaza serta pembebasan semua tebusan yang ditahan Hamas.

Walaupun perjanjian itu akan berkuatkuasa Ahad ini (19 Januari), namun Agensi Pertahanan Awam Hamas melaporkan Israel masih melancarkan serangan Udara sehingga mengorbkan 20 orang, pada Rabu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres berkata, mengurangkan penderitaan yang teruk akibat konflik ini adalah keutamaan pertama, dengan PBB bersedia meningkatkan penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin.

Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober tahun lalu, sehingga 1,200 orang maut dan 251 mangsa menjadi tebusan di Gaza.

Serangan itu mencetuskan tindak balas besar-besaran Israel terhadap Gaza, dengan lebih 46,000 rakyat Palestin terbunuh.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya