Empat pemain warisan 'tunggu' pasport Malaysia

Empat pemain warisan ‘tunggu’ pasport Malaysia

SKUAD Harimau Malaya akan diperkuat oleh empat pemain warisan baharu menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya semakin hampir menerima empat pemain warisan baharu sekali gus memberi perkhabaran gembira buat kem negara menjelang pusingan terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 bermula, Mac ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu itu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia.

“Selain itu, FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain.

“FAM berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Skuad bimbingan Peter Cklamovski diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos dengan hanya juara kumpulan akan mendapat slot ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengesahkan bahawa enam hingga tujuh pemain warisan sudah dikenal pasti untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Menerusi kenyataannya, Tunku Mahkota Ismail berharap urusan mendapatkan pasport pemain warisan yang sudah dikenal pasti itu dapat diselesaikan dengan cepat bagi membolehkan mereka beraksi untuk Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 itu nanti.

“Kami sudah mengenalpasti enam hingga tujuh pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini.

“Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” tulis Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya