Empat lelaki ditahan kes rempuh motosikal depan pusat hiburan

Empat lelaki ditahan kes rempuh motosikal depan pusat hiburan

AZRY AKMAR AYOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes dua kenderaan yang memandu secara melulu dalam kejadian berhampiran pusat hiburan di Jalan Klang Lama dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara kumpulan dan suspek semasa berhibur.

“Kita menahan empat lelaki bagi membantu siasatan dan reman akan dipohon pagi in,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang lelaki yang melihat kejadian berkenaan.

Beliau dilapor berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyata Vios melanggar sekumpulan lelaki mengakibatkan lebih kurang dua orang mengalami kecederaan dan salah seorang mangsa sudah dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.

“Semua mangsa masih belum membuat laporan polis. Pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan kes masih dalam siasatan,” katanya.

Tular satu video berdurasi 48 saat memaparkan dua kenderaan dilihat sengaja merempuh sekumpulan lelaki di kawasan berkenaan.

Seorang lelaki dilihat tercampak selepas dirempuh Toyata Hilux, sementara itu sebuah lagi kenderaan turut merempuh lelaki yang berkumpul di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya